HADIS 1
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab
r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada
niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya
kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia
mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia
mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Antara pengajaran
hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti
disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi
dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun
dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan
kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan
duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi
suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar
menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah
adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan
berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan
dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia
hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun
hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga
dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
HADIS 2
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada
suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,
berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda
musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk
menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai
Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam
itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa
Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah)
sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang
membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda
bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para
MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau
percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia
berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu
ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya
engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu
bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang
ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda
bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan
melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki
ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng
berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai
'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah
dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah
Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu
ia dipanggil agama samawie atau bersifat
Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang
diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah
agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat
sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman. Hadis ini
menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun
lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang
lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di
Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada
Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan
qadar baik dan buruk datang dari Allah.
Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia
menunaikan segala rukun lslam,
menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam
tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja
atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah
apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara
berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari
melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang
tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW
untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah
mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang
diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para
ulama dan orang berilmu. Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah
satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku,
walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak
diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat
atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.
Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada
beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi
peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba
kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa
merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
HADIS 3
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn
al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas
lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan
puasa pada bulan Ramadhan. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima
perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima
batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa
rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan
lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.
HADIS 4
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a.
beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi
dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan
kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi
segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama
tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan
padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada
Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal
dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari
sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan
amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak
antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah
SWT mencipta makhlukNya, seterusnya
menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak
disembah. Kejadian manusia mesti menjadi
renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang
teramat indah dan unik ini tiada tolok
bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau
robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini
telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun
lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman
kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta
makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah
SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -
rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama
ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia
adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi
dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan
perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka.
Begitulah sebalinya.
HADIS 5
عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau
berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu
perkara dalam urusan kita ini, yang
bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat
al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan
prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang
bertentangan dengan usul agama adalah
bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang
dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul
agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru,
upacara keagamaan baru dan sebagainya.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak
dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia
boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan
setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah
dibawa oleh Rasulullah SAW, demi
menjamin kesejahteraan agamanya.
HADIS 6
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada
perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang
menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah
dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah
jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah
bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah
perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia
rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari
perkara halal dan haram seterusnya
melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi
menjaga kemuliaan agamanya.
Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya
adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan
keheningan agama.
Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram.
Sesiapa yang melewati garisan dan
terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati
sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan
keelokannya dan kebersihannya justeru
kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan
memusnahkan seluruhan anggota badan yang
lain.
HADIS 7
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a.
bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa?
Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin
dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang
berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan,
mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan
rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan
adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua
penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi
golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.
Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti
beriman dengan semua perkara tersebut dan
beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.
HADIS 8
عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga
mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan
membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah
memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak
lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
.Pengajaran hadis:
Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan
terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan.
ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah
lslam. Sebarang Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam
adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada
semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima
lslam atau sebaliknya. lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah,
harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah,
mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin
kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.
HADIS 9
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a.
beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu
melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan
kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu
daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan
mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua
larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan
Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala
suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang
termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar
kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya
melakukannya sebegitu teruk.
Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah
perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa
kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau
sakit. Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak
soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang
terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat
Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.
HADIS 10
عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا
الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ نْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ!
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
)) رواه مسلم.
یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ
( Surah al-Baqarah: 172)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima
kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya
Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa
yang telah diperintahkan kepada para
Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!
Makan minumlah kamu makanan yang baik baik dan hendaklah kamu beramal soleh).
Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang
beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang
Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang
bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke
langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya
haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang
haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek;
kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga
budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang
baik-baik sahaja. Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang
mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam
hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan
pakaian serta memakan hanya benda yang baik. Makanan yang baik ialah makanan
yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana
Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan
perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus
menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.
HADIS 11
عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib
r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan
Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang
tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi
berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu
yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.
Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang
kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin
menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang
terpuji. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan
yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang
dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.
HADIS 12
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah
meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan
lain-lain sedemikian.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak
tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak
berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan
yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat
ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada
kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga
tepi kain orang.
Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat
baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan
perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya,
nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti
yang berkualiti.
HADIS 13
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam
Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman
sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan
iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci
terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam
lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang
dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa
paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.
HADIS 14
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ دَ مُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ المُفَارِ قُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah
satu dari tiga perkara; janda yang berzina,
nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya
yang memisahkan diri daripada jamaah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan
Muslim.
Pengajaran hadis:
Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin
keselamatan nyawanya, darahnya dan harta
bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman.
Apabila berlaku pencerobohan terhadap
darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas
mengikut peruntukan syara'.
Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum
bunuh. Mereka ialah penzina yang telah
merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh
tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' dan orang yang sengaja meninggalkan
agama dan jamaah muslimah.
HADIS 15
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirantetangganya. Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya
ialah berkata hanya perkara benar dan
berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga
dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya
daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat
nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji,
mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran
tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat
perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang
muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
HADIS 16
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan
daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa
kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu
dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga
terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang
membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti
menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti
memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang
mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah
diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana
Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.
HADIS 17
عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( إِ نَّ
الله آَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى آُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُآُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.
Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada
Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas
segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu
mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu
menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan
ehsan bererti sesuatu kerja mesti
dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang,
bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata. Ehsan yang dianjurkan oleh lslam
adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang,
kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling
maksimum.
Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja,
bahkan merangkumi ibnatang dan
makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh
tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan,
iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang
menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni
membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang
lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.
HADIS 18
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman
Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau
berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut
dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la
adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.
Pengajaran hadis:
Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada,
sama ada di khalayak ramai mahupun di
ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan
taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan
kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka
melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan
amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.
Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh
agama. la adalah teras perhubungan dan
mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang
baik, keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
HADIS 19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ:
آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau
berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari,
lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa
kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan
dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.
Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu,
mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang
Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan
kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu
kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la
adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di
hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah
bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang
menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama
kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama
kesusahan itu ada kesenangan.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan
terhadap Allah setiap masa dan
tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan.
Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah
sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan
hidup. Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya
ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang
mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah
ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab
dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi
manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia
dan jin berhimpun untuk bergotong royong
melakukannya. Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan
akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada
penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.
HADIS 20
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie
al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan
Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika
engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. Hadis riwayat
al-lmam al-Bukhari.
Pengajaran hadis:
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana
ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali
kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah
membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya
dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman
kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan
dilarang seperti malu menutup aurat, malu
mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya
perkara yang tidak diketahui.
HADIS 21
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah -
Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam
lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi
bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda:
Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil
berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada
Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu
dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu
jihad. Ramai orang lslam yang hanya
mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan
lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang
mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian
beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa
berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya
apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di
hujung lidah semata-mata.
HADIS 22
عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله e
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته،
ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله.
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a.,
رضي الله عنهما (beliau
meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW,
dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika
aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa
bulan Ramadhan, aku menghalalkan
perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang
haram. Aku tidak akan menambah apa-apa
lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?
Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin
benar-benar menunaikan segala
tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna,
menghalalkan perkara yang halal dan
mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga
walaupun dia tidak melakukan amalan amalan sunat yang lain. lni adalah
kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di
sini ertinya melakukannya dengan
sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau
mencuaikannya.
(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan
perkara yang haram bukan hanya dengan
lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan
mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan
menjauhkan segala perkara yang haram.
HADIS 23
عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a.
beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan
zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan
al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang
itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar
waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada
pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga
menganggapnya sebahagian daripada lman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan
bagi seorang mukmin dan mempunyai
nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya,
ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang
menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan
dirinya sama ada kepada kebaikan atau
kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu
beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada
yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh
kecelakaan.
HADIS 24
عن أبي ذر الغفاري t عن النبي e فيما یرویه عن ربه عز وجل أنه قال: یا عبادي! إني
حرمت الظلم على نفسي، وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، یا عبادي! آلكم ضال إلا من
هدیته فاستهدوني أهدآم، یا عبادي! آلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، ی ا
عبادي! آلكم عار إلا من آسوته فاستكسوني أآسكم، یا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل
والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، یا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري
فتضروني ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم آانو ا
على أتقى قلب رجل واحد منكم، ما زاد ذلك في ملكي شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخرآم وإنسكم وجنكم آانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي
شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني
فأعطيت آل واحد مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا آما ینقص المخيط إذا أدخل البحر، ی ا
عبادي! إنما هي أعمالكم أحصيها لكم، ثم أوفيكم إیاها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن
وجد غير ذلك فلا یلومن إلا نفسه )) رواه مسلم.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW
berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh
Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke
atas diriKu kezaliman dan Aku
jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang
diharamkan, maka janganlah kamu saling
zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat
kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat
dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri
makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan
kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku
berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku
akan berikan kamu pakaian.Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang
dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya
Aku akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu
memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu!
Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga
kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya
orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di
kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang
yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan
apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang
terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu,
sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat
di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam
kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan
terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua
berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta
sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka
permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada
di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang
jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu
yang Aku akan perhitungkanya
bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka
barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa
yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela
dirinya sendiri.
Hadis qudsi ini
mempunyai banyak pengajaran antaranya:
(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah
SWT ke atas diriNya dan ke atas hambahambaNya. Barangsiapa yang melakukan
kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang
digariskan oleh Allah SWT.
(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh
kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT.Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk,
memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun
segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa
mendahului murkaNya.
(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada
Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian
juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia
sekali-kali tidak mampu
memberikanNya manfaat dan mudharat.
(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau
kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat,
semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah
SWT walaupun sedikit.
(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin,
biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya
walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada
sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh
Allah SWT dan Dialah yang akan
menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik
mahupun buruk.
HADIS 25
عن أبي ذر t أیضا (( أن أناسا من أصحاب رسول e قالوا للنبي e : یا رسول الله ذهب
أهل الدثور بالأجور: یصلون آما نصلي، ویصومون آما نصوم، ویتصدقون بفضول
أموالهم. قال: أو ليس قد جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وآل تكبيرة
صدقة، وآل تحميدة
صدقة، وآل تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر
صدقة وفي بضع أحدآم صدقة. قالوا : یا رسول الله أیأتي أحدنا شهوته ویكون له فيه ا
أجر؟ قال: أرأیتم لو وضعها في حرام أآان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال آان له
أجر )) رواه مسلم.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada
Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang orang kaya telah mendapat banyak pahala.
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang,
mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka
bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah
menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya
dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah,
setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah,
menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan
seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah
apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda
bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat
haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada
tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Pengajaran hadis:
(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu
teladan yang baik di mana mereka sering
berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang
tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan
dipersia-siakan sama sekali.
(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi
menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih
iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid
iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil
iaitu mengucap ( ,(لا إله إلا الله menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah
kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan
sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan
akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta,
mereka hendaklah selalu bersedekah, lebihlebih lagi kalau mereka terlalu sibuk
dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang
lain.
(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula
melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang
dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat
ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
HADIS 26
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada
setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan)
antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau
membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya
adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan
kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di
jalanraya adalah sedekah.
Pengajaran hadis:
(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap
amal perbuatan mukmin walaupun kadangkadang dianggap biasa atau sedikit, akan
mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil
setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan
akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.
(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas
dan tidak hanya terbatas kepada amal
ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak
disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan
diberikan pahala.
HADIS 27
عن النواس بن سمعان t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW
baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu
ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku
telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang
kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu.
Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram
terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu
dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu
dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan
isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati
seorang mukmin merasa tenang dan baik,
sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya
merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh
manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk
sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat
pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu
tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain
mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau
kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah
kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas,
maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga
keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau
ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh
dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah
dengan hukum hakam agama.
HADIS 28
عن أب نجيح العرباض بن ساریة t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها
القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا
بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:
حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi
berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau
berkata:
Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang
menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah
nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat
tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda:
Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa
kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat,
sekalipun kamu diperintah oleh seorang
hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang
masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah
kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat.
Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut)
dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana
setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah
sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.
Pengajaran hadis:
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam
kehidupan umat lslam. Pengajaran dan
peringatan hendaklah disampaikan secara
bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan positif kepada para
pendengar.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa
perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat
kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan
atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih
diperselisihkan oleh para ulama, namun
Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri
pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi
seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya
tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan
perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh
dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin. Baginda menyeru
mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya
berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan
perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua
bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.
HADIS 29
عن معاذ بن جبل t قال: قلت : (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن
النار. قال: لقد سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا
تشرك به شيئا، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزآاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألا
أدلك على أبواب الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة آما یطفئ الماء النار،
وصلاة الرجل في جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ {
یعملون } ثم قال : ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى یا رسول الله.
قال: رأس الأمر الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك
ذلك آله؟ بلى یا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: آف عليك هذا. قلت: یا نبي الله، وإن ا
لمؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال
على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia
adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan
yang boleh memasukkan aku ke dalam
syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda
bersabda: Sesungguhnya engkau telah
bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia
adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah
Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian
Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?
Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan
api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca
ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulangtulang rusuk mereka telah renggang dari
tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh
harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada
mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang
terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan
yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku
khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku
berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam,
tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda:
Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku
berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda:
Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa
lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu
wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda -
dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah
mereka.
Pengajaran hadis:
(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan
seseorang hamba ke dalam syurga ialah
menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman
kepada Allah tanpa syirik dan beriman
kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan
dan ibadat haji.
(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya
yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa
kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi
seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia
dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu
kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu
tengahmalam.
(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat
dituntut ke atas setiap individu muslim. La dapat menguatkan keimanan,
keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang
bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka
beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat
termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.
(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah
sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.
Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan
tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.
(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah
adalah antara anggota badan yang paling
banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat
menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW
menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang
dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang
dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.
HADIS 30
عن أبي ثعلبة الخشني جرثوم بن ناشر t عن رسول الله e قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam
al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis ini walaupun hadis yang mempunyai ‘illah
(iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi
mencacatkan nilai hadis dengan terkumpul dua syarat (1) wujud kekelabuan dan
ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if. Lihat
Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak
riwayat-riwayat lain yang
memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan
dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat seumpamanya daripada
Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan
hadis seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana
ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki
buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini). Daripada
Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW
telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan
beberapa fardhu maka janganlah kamu
menghilangkannya (iaitu janganlah kamu
mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah
menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu
melampauinya, Dia telah mengharamkan
beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan
Dia tidak menyatakan hukum tentang
beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba
menyelidikinya.
Pengajaran hadis:
(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah
Allah SWT sama ada berbentuk suruhan
fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut
mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu
yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu
sahaja.
(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan
beberapa perkara haram, maka setiap
mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal
haram ini, jangan sampai dia mencabuli
perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan
perkara haram.
(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara
iaitu tidak menyatakan halal haramnya
secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri
mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai
rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara
yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.
HADIS 31
عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad
yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayatKhalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie
daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata berkenaan dengan
Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan
cerita-cerita batil. Ibnu Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn
Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang
yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah
Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al- Turath al-Islamie,
Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a.
beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu
berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku
suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi
oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau
terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang
ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus
ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di
kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri
dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti
menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia
serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain
hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau
langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan
kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia
seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn
'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan
benda-benda selainNya.
HADIS 32
عن أبي سعيد سعد بن سنان الخدري t أن رسول الله :e (( قال: (( لا ضرر ولا ضرار
حدیث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا
عن عمرو بن یحيى عن أبيه عن النبي e . فأسقط أبا سعيد وله طرق یقوي بعضها بعضا
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu
Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga
diriwayatkan oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a.
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan
kemudharatan.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam
kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan kemudharatan
terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi mkesejahteraan
umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
(2) Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat
yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam
menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa
mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau
lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
HADIS 33
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله e قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam
al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan
sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan
Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي
الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan
mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu
menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan
bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk
kebanyakan manusia di mana mereka gemar
mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua
dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara
tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak
persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan
yang berlaku di kalangan manusia
membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama
ini, lslam membawa suatu kaedah
kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa
sebarang tuntutan mestilah
mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya
sementara orang yang didakwa pula
mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan
masalah umatnya secara adil dan
saksama.
HADIS 34
عن أبي سعيد الخدري t قال: سمعت رسول الله e یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره
بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka
hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka
hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah
iman.
Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada
perkara ma'aruf dan mencegah
kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin
yang tidak harus dipandang enteng,
kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya
kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di
depan matanya, dan dia berkuasa
mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan
lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran
tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya,
kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan
kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan
membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah
tahap iman yang paling lemah.
HADIS 35
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu,
benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual
barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh
menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.
Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang
muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan
maruah dirinya.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat
yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan
keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu
menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang
hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat.
Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk
seumpama ini.
(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli
saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut
atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk
berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak
timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang
bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna.
Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak
membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan
apabila dia suka menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada
seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan
ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan
amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh
dan berakhlak mulia.
HADIS 36
عن أبي هریرة t عن النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda
telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu
kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang
mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di
dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya
Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong
hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui
suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya
suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah
rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya
sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat
akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah
akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu
mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu
dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras
kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan
saudaranya yang dalam kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta
memelihara ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan
tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya
selagimana mereka suka tolong menolong sesame mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang
menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid
adalah antara amalan yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan
dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah
SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan
amalannya dan rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya
kurang dan atau amalan jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan
kebangsawanannya tidak mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis
ini menggesa umat lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
HADIS 37
عن ابن عباس رضي الله عنهما عن رسول الله e : فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال
(( إن الله آتب الحسنات والسيئات، ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها آتبها الله عنده
حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها آتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف آثيرة، وإن هم بسيئة فلم یعملها آتبها الله عنده حسنة آاملة، وإن هم بها فعمله ا
آتبها الله سيئة واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر یا أخي! وفقنا الله وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء بها، وقوله (آاملة) للتأآيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها: (( آتبها الله عنده حسنة آاملة) فأآدها بكاملة، (وإن عملها آتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة، ولم یؤآدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim
dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan
suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan
dan amal kejahatan, kemudian Dia
memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu
mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia
tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di
sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan
lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan
sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan
sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya,
Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia
terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia
melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu
kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq
kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan
renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz
hadis ini).
Lafaz ( عنده ) yang
bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah
yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat
kebajikan, atau perbuatan hamba yang
baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu
melakukannya - penterjemah).
Lafaz ( آاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk
menegaskan dan menunjukkan
kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang
dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu
berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah
dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu
melakukannya - penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba
terlintas mahu melakukannya
kemudian dia tidak jadi melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi- Nya
sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan
lafaz“sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang
bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia
melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu
kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan
diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita
tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya. وبالله التوفيق ( Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke
37 berserta sedikit huraian
al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis).
Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi
amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan
hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di
hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan
kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa
sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari
itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan
niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.
(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang
dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada
Allah sampai 700 kali ganda dan boleh
digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara
tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT
ini selagi dia mampu berbuat demikian
sebelum maut datang menjemput.
(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham
pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan
berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang
tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.
HADIS 38
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
)) رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa
yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu
tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku
sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa
bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan sunat sehingga Aku
mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya,
jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku
tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang
dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya
dan
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku
akan melindunginya.
Pengajaran hadis:
(1) Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu
yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.
(2) Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan
sunat apabila dia telah membereskan amalan fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya
dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan fardhu, maka dia
telah menyalahi tuntutan syara'.
(3) Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi
Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan
mengamalkannya sehingga Allah benar-benar mengasihinya.
(4) Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya
akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah
lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya,
pendengarannya, perbuatannya dan
pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari
penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh kerana itu,
wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang memusuhinya,
maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.
HADIS 39
عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن رسول الله e قال: (( إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ
والنسيان وما استُكْرهوا عليه )) حدیث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu
Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku -
dari umatku perbuatan yang dilakukan
secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini juga menjelaskan betapa besar dan luasnya
Rahmat dan belas kesian Allah SWT terhadap hambaNya. Dia hanya
mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan
kemahuan sendiri tanpa paksaan.
(2) la juga menerangkan suatu dasar perundangan dan
kehakiman di sisi lslam yang mengutamakan
keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak
sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa
dia tidak akan diberikan dosa..
HADIS 40
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda:
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah
engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi,
maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari
kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara,
akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat
soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang
dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan
angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa
berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup
hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak
sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar
hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan
penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi
dengan syarat menjadi seorang mukmin dan Negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan
dan kekayaan adalah untuk Allah.
HADIS 41
عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah
( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini ialah (
الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan
al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-Faqih
al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis
dan Sunnah.)dengan sanad yang baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a.
رضي الله عنهما beliau
berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa
nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan
lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran
lslam, menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya
tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh
kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang
tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan
RasulNya.
HADIS 42
عن أنس t یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله
ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia
adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana
engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu
dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan
langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai
anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa
sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu,
nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat
dan belas kesian Allah SWT yang tidak
terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.
(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa
hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta
ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman,
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak
akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan
melakukan banyak kebajikan. Amal soleh
tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta
syirik. Sebaliknya, orang-orang yang
melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih
mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang
Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang
mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan
luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.