Tuesday, August 23, 2011

Salam Aidilfitri.

Di kesempatan hari yang mulia ini.. ku ucapkan salam aidilfiti buat semua.. semoga kehadiran syawal memberi lebih sinar buat kita semua.

شلآمت هاري راي عيدالفطري.معاف ظاهير دان باطين.

Monday, August 22, 2011

Fadilat Puasa

Ramadhan amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Saturday, August 20, 2011


Selain kemudahan Perpustakaan Awam, prasarana lain seperti Dewan Masyarakat, Medan Niaga, Pusat Ria Tanjung, Gerai Makanan serta Minuman, Tandas Awam dan Pondok Telefon turut di bina di Pekan Sematan.

Kemudahan jalan raya telah dinaiktarafkan demi keselesaan pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Selain dari jalan raya utama, jalan persisiran pantai sepanjang 938 kilometer telah siap di bina. Jalan tersebut bermula dari Pekan Sematan dan melalui kawasan-kawasan pantai sehingga ke Bandaraya Miri. Setakat ini, 780 kilometer atau 83 peratus dari jalan tersebut telah disiapkan. Ia memudahkan lagi urusan penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Negeri Sarawak.

Kemudahan dan infrastruktur yang telah disediakan, semuanya terdapat di sekitar kawasan Sematan. Antaranya, Pejabat Daerah Kecil Sematan, Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Jabatan Pertanian, Pos Kawalan Kastam dan Eksais dan Pos Kawalan Imigresen. Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang disediakan, maka setiap aktiviti yang melibatkan orang ramai atau penduduk di beberapa buah kampung akan diadakan di kawasan Pekan Sematan.