Kawasan Sematan mempunyai beberapa buah kampung. Antaranya, Kampung Tanah Hitam, Kampung Terusan Jaya, Kampung Sungai Tanjung, Kampung Tembaga, Kampung Pueh (Poe) dan Kampung Pungu. Berkunjung ke kampung-kampung tersebut agak mudah kerana setiap penempatan dihubungkan melalui jalan raya kecuali Kampung Pungu. Jika ingin ke Kampung Pungu, pengunjung perlu menggunakan perahu kerana kampung ini terletak di seberang Sungai Terusan Jaya serta berseberangan dengan Kampung Tanah Hitam dan Kampung Terusan Jaya.
Apabila ada sesuatu perayaan mahupun perhimpunan menyambut Hari Kebangsaan, orang-orang kampung akan datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi suasana. Perlawanan bola sepak, badminton dan perhimpunan sosial seperti menyambut kedatangan orang kenamaan, mengeratkan lagi kemesraan di antara penduduk di beberapa buah kampung.
No comments:
Post a Comment